Thursday, December 22, 2011

Injunksi Halang EGM Khas KPF Esok

Satu injunksi bagi menghalang Mesyuarat Agong Khas Koperasi Permodalan Felda yang akan berlangsung pada 5 Januari depan akan difailkan oleh ahli ahli KPF pada jam 10.00 pagi esok 23 Disember di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Tujuan injunksi dibuat ialah bagi mendapat perintah mahkamah untuk menghalang EGM Khas KPF byang bertujuan melupuskan pegangan saham ahli KPF kepada Felda Global Vanture.

51 peratus pegangan saham dalam Felda Holding sebelum ini adalah dikuasai KPF yang berjaya dan mampu memberi dividen 15% setahun kepada ahlinya.KPF mampu menjana keuntungan lebih RM 800 juta dan mempunyai rezab tunai yang besar sama dengan yang dimiliki kerajaan negeri Selangor.

Kejayaan injunksi ini bakal menghalang hasrat pihak tertentu yang mahu menyenaraikan Felda Global Vanture yang akan membuka peluang pihak asing menguasai Felda.

Saturday, December 17, 2011

ANAK Lantik Pakar Ekonomi Kaji Penyenaraaian FGVH


KUALA LUMPUR, 17 Dis — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) telah melantik beberapa pakar ekonomi dalam satu jawatankuasa khas yang akan mengkaji kesan buruk penyenaraaian FGVH di Bursa saham dan akan memberi cadangan alternatif kepada Putrajaya yang dijamin lebih berkesan untuk mengukuhkan institusi Felda.

Anak juga akan menyediakan satu jalan alternatif untuk mengelakkan daripada penyenaraian itu berlaku yang tetap memberi keuntungan kepada peneroka.

Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman berkata , lupakan penyenaraian, tetapi kukuhkan institusi Felda. Pelan penambah baikan ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang medianya di ibu pejabat PAS di sini sebentar tadi Mazlan yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata pihaknya turut menuntut perdana menteri berterus terang berkenaan tujuan penyenaraian tersebut.

“Anak percaya tujuan penyenaraian ini mempunyai motf tersembunyi pihak-pihak tertentu, perdana menteri harus memberi penjelasan sebenar berhubung perkara ini, katanya lagi.

Sehubungan itu, Anak telah menyerahkan surat kepada perdana menteri untuk menyerahkan memorandum berkaitan cadangan penambah baikan tersebut dan berharap dapat bersemuka secara empat mata dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

“Kata putus terletak di tangan perdana menteri, kami telah menghantar surat kepada beliau untuk menyerahkan memorandum tersebut, tetapi masih lagi belum ada jawapan balas.

“Anak berharap dapat bersemuka dengan perdana menteri bagi mendapatkan penjelasan sebenar,” jelasnya lagi.

Thursday, December 15, 2011

Kenapa Presiden MBFM Jadi Tukang Kipas Isa Samad?


Anuar Manap Presiden Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) dilaporkan telah mengetuai satu kumpulan peneroka dan generasi kedua berdemontrasi di hadapan Pejabat Agong PAS tengahari tadi membantah tindakan ANAK berdemontrasi menentang kerakusan Isa Samad sehingga memaksa Pengarah Besar Felda diberi cuti.Anuar telah menyerahkan memo kepada Mohd Fadhil ,Pegawai Khas Lujnah Tanah PAS Pusat

Tindakan Anuar begitu meloyakan,ketika ANAK dan kakitangan Felda mempersoalkan apakah rasionalnya Dato' Dzul diberi cuti paksa hingga Ogos,Anuar memilih bersama Isa Samad yang menjadi punca bergegarnya Pejabat Felda Selasa lepas.


Pak Sam selaku Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka(JKPP) yang merupakan ahli Lembaga Pengarah Felda turut menentang Isa samad yang merampas KPF dan bakal memajak 360 ribu hektar tanah Felda Plantation.Isa itu jugalah yang meminta PM memberi cuti kepada Dato Dzul.


Alasan percutian yang diberikan kononnya untuk menyambung pelajaran bagi memantapkan lagi pengurusan Felda sangat melucukan.Dato Dzul telah berusia 54 tahun dan beliau telah berjaya mengangkat martabat Felda disamping Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang diketuainya telah mendapat Anugerah Koperasi Terbaik tahun lepas.Untuk apa beliau dipaksa belajar?


Semalam Kesatuan Kakitangan Felda dilaporkan akan mengadap PM untuk meminta penjelasan tentang percutian Dato Dzul.Presiden Cuepac dilaporkan terkejut dengan arahan yang dikeluarkan kepada Dato Dzul.


Tetapi malang bagi Anuar yang mewakili generasi kedua Felda,belilau memilih untuk menjadi tukang kipas kepada Isa Samad


ANAK pimpinan Mazlan Aliman yang menyerah memo di Pejabat Felda Selasa lalu tentu saja percaya tindakan memberi cuti kepada Dato Dzul yang didalangi Isa Samad pastinya mempunyai agenda tersembunyi dan merupakan konspirasi jahat pemimpin tertentu di kalangan Umno untuk mempastikan hasrat penyenaraian Felda Global Vanture di Bursa Saham tidak dihalang oleh sesiapa terutama Pengarah Besar Felda .


Pak Sam mewakili JKPP dilaporkan telah bergabung dengan Gabungan Wawasan Belia Felda(GWGF) pimpinan tan Sri Razali Ismail membentuk
Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan(Gempur) bagi menangani isu berbangkit.

GEMPUR sendiri mendesak pihak kerajaan tidak tergopoh gapah untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Saham.Peneroka dan seluruh warga Felda perlu diberi hak untuk mengemukakan pandangan dan persetujuan mereka harus diambil sebelum penyenaraaian dilakukan.


Tetapi pelik bagi Anuar Manaf selaku mewakili generasi kedua apabila hanya memilih untuk menjadi tukang kipas kepada Isa samad apabila membawa penyokongnya berdemontrasi di Pejabat Agong PAS hari ini.Apakah beliau mempunyai agenda tersendiri hingga sanggup diperalat dan tidak berani membela Dato Dzul yang dianggap berjasa besar kepada Felda.
Sumber yang kami perolehi,Anuar adalah bakal calon barisan Nasional di Johor dalam PRU akan datang.Manakala Isa Samad adalah salah seorang Panel pemilih calon calon Umno untuk bertanding dlm PRU akan datang.Adakah kerana ini Anuar sanggup pejam mata dengan kerakusan Isa dan menunjukkan taat setia membabi buta kepada Pengerusi Felda yang menjadi penentu hayat pemimpin pemimpin Umno yang bercita cita untuk naik ke atas?

Amaran Dari Warga Felda Buat Isa


Demontrasi warga Felda Selasa lalu(13 Dis 2011)di Pejabat Felda Jalan Semarak membantah Isa samad yang menjadi punca Pengarah Besar Dato Dzul direhatkan.



Friday, December 9, 2011

Isu Felda Global Vanture:Memo Untuk Dato Nan

MEMORANDUM RAKYAT

KEPADA

YAB MENTERI BESAR PAHANG

DATO’ SERI ADNAN YAAKOB

Lujnah Pembangunan Tanah PAS Negeri Pahang(LPTPNP) menggesa YAB Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob mengkaji semula persetujuan kerajaan negeri untuk menyerahkan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Vanture yang akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada pertengahan tahun hadapan selari dengan pendirian Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Kebangsaan(JKPP) Encik Shamsudin Othman.

Sepertimana juga En Shamsuddin, ANAK dan warga felda khususnya ingin mempersoalkan beberapa perkara berikut:-

  1. Untuk apa tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar dipajak kepada Felda Global Venture?
  2. Mengapa pajakan tersebut yang pada mulanya 60 tahun dilanjutkan hingga 99 tahun?
  3. Mengapa bayaran pajakan hanya pada kadar RM251 juta sahaja setahun sedangkan perolehan ketika ini sekitar RM2 bilion?
  4. Apakah jaminan kepada nilai pajakan boleh dipertahankan jika berlaku kejatuhan harga komoditi?

LPTPNP menggesa Kerajaan Negeri yang berkuasa atas tanah tidak memeterai sebarang perjanjian pajakan Tanah Felda Flantation dengan Felda Global Venture Holding dan mengeluarkan hakmilik kerana ianya telah lari daripada matlamat sebenar penubuhan Felda. Tanah Felda Plantation bagi negeri Pahang sahaja adalah seluas 143,584 hektar; yang terbesar di Malaysia. Hasrat murni Almarhum Tun Abdul Razak mewujudkan Felda adalah untuk mempastikan rakyat memiliki tanah.Menjadikan tanah Felda sebagai estet yang tidak didiami peneroka sudah menyimpang dari tujuan asal penubuhan,inikan pula memajak tanah tersebut kepada Felda Global Vanture selama 99 tahun.

LPTPNP memperolehi maklumat bahawa pendapatan Felda pada tahun 2010 sekitar 2,386.96 bilion manakala perbelanjaan tahun 2010 RM1,980.76 bilion. Ertinya ada lebihan sekitar RM406 juta. Walhal melalui perjanjian perkongsian keuntungan tahunan pada kadar 15%, Felda hanya menerima sekitar RM257 juta sahaja. Ini bermaksud, Felda hanya menerima sekitar RM508 juta sahaja setahun. Felda kehilangan hampir 70% pendapatan tahunan dan memikul beban defisit perbelanjaan sekitar RM1.3 bilion!

Adalah tidak masuk akal dalam mana-mana amalan perniagaan atau pelaburan; lebih-lebih lagi di pukul canang penyenaraian Felda Global Venture akan membawa keuntungan besar; tiba-tiba Felda yang merana dek hilang punca pendapatan yang cukup besar. Ini belum lagi mengambil kira jika penyenaraian tersebut mengalami kegagalan daripada sasaran keuntungan tahunannya.

Pentadbiran Felda telah memohon Felda Global Venture Holding memperakukan tiga perkara berikut:-

  1. Kadar pajakan tahunan hendaklah mengikut kadar pajakan semasa,
  2. Kadar perkongsian keuntungan dinaikkan dari 15% kepada 30%
  3. Keperluan wang tahunan Felda berjumlah tidak kurang RM1,500 juta disediakan secukupnya oleh Felda Global Venture Holding

LPTPNP difahamkan Felda Global Venture enggan memenuhi tuntutan pentadbiran Felda seperti di atas. Jika begini kondisinya; di mana Felda mahu mendapatkan kekurangan RM1.3 bilion setiap tahun?

Sejak tahun 1996, kerajaan sudah menghentikan sebarang peruntukan kepada Felda. Kalau sebelum ini, peruntukan sejumlah RM100 juta pun telah dihentikan, inikan pula RM1.3 bilion?

Sehubungan dengan itu,LPTPNP sekali lagi menggesa YAB Menteri Besar supaya membatalkan hasrat untuk menyerahkan tanah Felda kepada Felda Global Vanture yang ternyata bakal merugikan rakyat yang sangat memerlukan tanah.

Sekian Terima kasih

Lujnah Pembangunan Tanah PAS Negeri Pahang

Bertarikh:10 Dis 2011

Saturday, December 3, 2011

ANAK Sokong Pak Sam

Aziz Muda(Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Ketua Peneroka, Shamsuddin Othman untuk menyaman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, sekiranya enggan memenuhi tuntutan warga Felda.

Menerusi perbincangan yang diadakan, Shamsuddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda tetap bersama-sama dengan warga Felda lain di seluruh negara mendesak Isa tidak menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Pengerusi Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Shamsuddin yang telah mengetuai peneroka sejak 15 tahun lalu dan berada dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu telah memberi masa sehingga 15 hari kepada ISA untuk tunduk kepada desakan itu.

Menurutnya, namun Isa dalam ucapannya enggan tunduk dengan desakan itu dan ini pasti memaksa Shamsuddin mengambil tindakan saman di mahkamah terhadap pengerusi Felda yang penuh kontroversi itu.

Katanya, Shamsuddin yang mesra dengan panggilan Pak Sam ternyata telah mengambil tindakan yang tepat untuk kepentingan warga Felda dan Anak telah mengambil tindakan menyokong penuh dengan sebarang tindakannya untuk mendesak Isa tidak menandantangi atau membatalkan perjanjian itu.

"Sekiranya Isa tetap enggan tunduk dengan desakan itu, Anak turut menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Shamsuddin untuk menyaman Isa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sekiranya Isa terus berdegil dan enggan tunduk pada desakan itu, Anak turut merancang langkah tersendiri untuk mendedahkan perkara itu dan mendesak Isa, Perdana Menteri dan kerajaan-kerajaan negeri membatalkan perjanjian tersebut, termasuk dengan mengadakan road show di seluruh negara bermula 8 Disember ini di Pahang.

"Pada keesokan harinya pula, 9 Disember, Anak turut merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacub bagi mendesak Kerajaan Pahang membatalkan perjanjian tersebut," katanya.

Sekiranya tuntutan itu juga tidak diberikan perhatian oleh Perdana Menteri, tegasnya, pihaknya akan turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember ini di Putrajaya.

Menurut beliau, tindakan Isa untuk menandatangani perjanjian dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd berhubung perkara itu jelas satu pengkhianatan terhadap Felda dan warga Felda di seluruh negara.

Langkah tersebut, tambahnya, tidak ubah seperti menguburkan masa depan Felda serta para peneroka dan jelas mempunyai motif kepentingan peribadi dari pihak Isa dan kroni-kroni pemimpin Umno BN.

Katanya, menerusi perjanjian pajakan yang awalnya hanya 60 tahun dan kemudiannya bertambah kepada 99 tahun itu, tanah-tanah Felda ternyata akan semakin berkurangan kerana akan diambil alih dan dikuasai sepenuhnya secara beransur-ansur oleh FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

"Tanah-tanah Felda yang terhakis itu sekitar 30 hingga 3,000 hektar bagi setiap kawasan Felda di seluruh negara. Sekiranya perjanjian pajakan itu dimetrai, jumlah tanah Felda Plantations yang terkorban berjumlah 360,000 ekar semuanya," jelasnya.

Kerugian-kerugian yang akan ditanggung oleh Felda sekiranya perjanjian itu dimetrai, menurut beliau, berupa kadar bayaran pajakan yang terlalu rendah hanya RM251 juta setahun, manakala bayaran itu pula adalah secara tetap atau bukan mengikut kadar semasa.

Katanya, dengan kadar bayaran serendah itu, Felda akan mengalami defisit RM1.3 juta sekiranya perjanjian itu dimetrai dan ia ternyata akan menjejaskan masa depan warga Felda yang berjumlah 1.6 juta di seluruh negara.

"Keperluan tahunan Felda tidak boleh kurang RM1,500 juta setahun, tetapi berdasarkan perkiraan yang dibuat dengan mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan tahunan Felda pada tahun 2010, didapati Felda akan mengalami defisit sedemikian tinggi sekiranya perjanjian itu dimetrai," tegasnya.

Motif sebenarnya Isa menandatangai perjanjian itu, untuk membolehkan Felda disenaraikan di dalam Bursa Saham Malaysia menerusi Felda Global Vantures dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang pasti akan mendatangkan keuntungan amat besar kepada beliau dan kroni-kroni pemimpin Umno BN.

"Untuk kepentingan peribadi, Isa dan koncu-koncunya ternyata sanggup mengorbankan kepentingan Felda dan seluruh warga peneroka. Inilah sikap para pemimpin Umno BN terhadap rakyat sekarang dan selama ini.

"Sikap buruk mereka itu ternyata masih mampu disembunyikan kepada sebahagian rakyat. Anak pasti akan mendedahkan semua itu menerusi road show kami nanti untuk membolehkan orang ramai tahu kejahatan pemimpin-pemimpin Umno BN terhadap rakyat selama ini, khususnya mengenai Felda yang kini menjadi semakin parah sejak berada di bawah Isa," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Presiden Anak Kebangsaan, Aris Fezul Ismail dan bekas Naib Presiden Felcra, Datuk Ramli Buyung.

Bookmark and Share

ANAK Hantar Memo Kepada PM

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 3, 2011
KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember ini berhubung bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, memorandum itu sebagai tanda protes pihaknya terhadap isu berkenaan yang yang didakwa bakal menggelapkan masa depan mereka.

“Kita minta perdana menteri melihat isu ini sangat kritikal dan perlu pemerhatian sebelum kerajaan menyenarai­kan Felda di dalam bursa saham.

“Melihat kepada isi kandungan perjanjian yang dibuat oleh Felda Global, Anak sekerasnya tidak menyokong penyenaraian ini kerana akan merugikan Felda pada masa akan datang. Sehubungan itu, satu memorandum akan dihantar kepada PM pada 20 Disember ini dan jika tiada tindakan susulan di-ambil pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas Pusat semalam.

Oktober lalu Najib mengumumkan di dalam Bajet 2012 kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebelum pertengahan tahun 2012.

Mazlan berkata, penyenaraian yang akan dilakukan sebelum pertengahan 2012 ini dibimbangi akan menjejaskan ekuiti Bumiputera dalam Felda kerana ia memboleh-kan pelbagai syarikat besar melabur dalam institusi tanah yang dikuasai orang Melayu.