Wednesday, April 28, 2010

Botak Chin Lebih Bernasib Baik dari Aminul Rasyid


Nyawa rakyat 1 Malaysia begitu murah sekali.Ketika Botak Chin menjadi makhluk yang paling ditakuti orang awam dan kanak kanak,nasibnya lebih baik dari Aminul Rasyid dan Norizan.Pihak polis yang memburu beliau hanya diarah untuk menembak di paras pinggang ke bawah.Penjenayah bergelar Robin Hood Moden itu berjaya diseret ke mahkamah seterusnya ke tali gantung.

Tetapi di zaman Najib memimpin negara dan sepupunya diberi tanggung jawab menjaga keselamatan rakyat jelata,nyawa rakyat yang belum dibuktikan sebagai penjenayah menjadi lebih murah dari nyawa tikus!Pihak polis bukan lagi untuk dihormati,tetapi ditakuti.

Kalau rakyat ditembak penjenayah,mereka boleh mengadu kepada polis,tetapi kalau penjenayah itu ialah polis,apakah mustahil rakyat akan mengambil alih tugas polis!

Alfatihah untuk arwah adik Aminul Rasyid,moga kamu akan mendapat keadilan yang hakiki.

Tuesday, April 27, 2010

Thursday, April 22, 2010

Road Show Pemuda Kuala Krau Halau Zionis APCO

22 April 2010(Khamis malam Jumaat)
Jam 9.00 malam

1.Markaz PAS Gunung Senyum(Rumah abg Lan)
Penceramah:
1.Ust Aris Fezul Ismail(Exco DPP Pahang)
2.Shafie Md Esa(Naib Ketua DPP K.Krau)
3.Sdr Roazman Rosli(DPP K.Krau)
4.Nasaie Ismail(Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai)

2.Markaz PAS Jenderak Utara
Penceramah
1.Ust Shahril Azman Abd Halim(Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang)
2.Sdr Fadzil Shafie(Timbalan Ketua DPP K.Krau)
3.Sdr Khairi Abd Ghani(Exco DPP Pahang)
4.Sdr Abu Anas Omar Qayyum(Exco DPP K.Krau)

Alhamdulillah Road Show pertama di Jengka 14 Selasa lalu berjalan lancar walaupun terdapat sedikit gangguan dari pihak pengurusan Felda,tetapi oleh kerana semua program PAS diadakan di permis persendirian@milik parti yang tidak mensyaratkan keperluan permit polis,tiada sebarang tindakan boleh dikenakan kepada pihak penganjur.

Kadang kala pihak pengurusan Felda dan JKKR di setengah rancangan Felda cuba mengambil alih tugas polis.Mereka tidak tau mana ruang lingkup bidang kuasa mereka.Seharusnya lah mereka yang bergelar Pengurus atau Pengerusi JKKR menghormati ruang demokrasi yang sedia ada di samping menghormati hak yang diberikan undang-undang negara supaya mereka tidak dianggap sebagai kuda tunggangan pihak lain.

HIMPUNAN WARGA FELDA KEBANGSAAN


TEMPAT : DATARAN FELDA SUNGAI TENGI, ULU SELANGOR TARIKH : 23-24 APRIL 2010 ANJURAN : PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA KEBANGSAAN (ANAK)

23hb. April; 2010 (Jumaat) - Pra Himpunan

9.00pg. – 5.00ptg. - Ceramah & Rawatan Kesihatan
Oleh : YB Dr. Lo’ lo’ Dato’ Hj Ghazali
- Demonstrasi Masakan (menu special)
- Sukaneka kanak-kanak
- Explore Race (remaja)
- Hiburan Alternatif bersama Azhan Atan, juara
Akademi Nasyid TV9
- Penampilan istimewa bersama Ringgo (bekas
vokalis kumpulan Arrow)

5.00ptg. – 6.30ptg. - Kempen Keselamatan Jalan Raya & 18 Jenis
Pemeriksaan Percuma + Free 4T
Bersama Yasir Said
(Juara Cup Prix Kebangsaan & Wild GP 125cc
World Grand Prix)

9.00mlm. – 12.00mlm. - Ceramah Umum
Oleh : Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Sisipan pelancaran Kempen Jom Kembali
ke Ladang
Dato’ Zaid Ibrahim
Dato’ Dr Hassan Ali
Exco Kerajaan Negeri Selangor
Tn Hj Mohamad Sabu

24hb. April; 2010 (Sabtu) - Himpunan Penuh

8.00pg. – 9.00 pg. - Pendaftaran

9.00pg. – 9.15pg. - Kata-kata aluan
Oleh : Dato’ Dr Hassan Ali
Exco Kerajaan Negeri Selangor

9.15pg. – 9.50pg. - Ucaptama
Sdr. Mazlan bin Aliman
Presiden ANAK Kebangsaan

9.50pg. – 10.10pg. - Ucapan Dato’ Zaid Ibrahim

10.10pg. – 10.45pg. - Perasmian
Oleh : YAB Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul
Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

10.45pg. – 11.00pg. - Jamuan Ringan

11.00pg. – 12.00tgh - Pembentangan Kertas Kerja 1
Oleh : Sdr Wan Rohimi Wan Daud
(peguam yang menang RM11 juta kes FELDA
Kemahang 3, Kelantan)
Tajuk : Tafsiran Sebenar Akta GSA 1960
Pengulas : Hj Suhaimi Said
Pengerusi Majlis : Sdr Samsul Bakri

12.00tgh. – 1.00tgh. - Pembentangan Kertas Kerja 2
Oleh : En Razali Ithnin
(bekas kakitangan kanan MPOB)
Tajuk : Kaedah Perahan Minyak di Kilang
Kelapa Sawit
Pengulas : wakil peneroka FELDA
Kemahang 3
Pengerusi Majlis : Sdr Mohd Shah bin Misnan
Pengerusi SEPAKAT


1.00tgh. – 2.00ptg. - Solat zohor & rehat

2.00ptg. – 3.00ptg. - Perbahasan Terbuka wakil Peneroka/Gen 2
Negeri

3.00ptg. – 3.20ptg. - Slot Khas bersama wakil Peneroka FELDA
Lurah Bilut (FELDA tertua di Malaysia)

3.20ptg. – 4.00ptg. - Penggulungan Pembentang Kertas Kerja

4.00ptg. – 4.20ptg. - Slot Khas bersama wakil Peneroka FELDA
Cahaya Baru
Tajuk : Tolong Kami Bantu Kami!

5.00ptg. – 5.30ptg. - Persembahan Dikir Barat
Kumpulan Dikir Perantau

5.30ptg. – 5.45ptg. - Slot Khas bersama wakil Kg Sungai Buaya
Tajuk : Di Mana Pampasan Kami ?

5.45ptg. – 6.00ptg. - Resolusi Himpunan

6.00ptg. – 6.30ptg. - Perasmian Penutup
Oleh : Tan Sri Dato’ Abd Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

9.00mlm. – 9.45mlm. - Dikir Barat

9.45mlm – 10.00mlm. - Ucapan Alu-aluan
Oleh : Mazlan bin Aliman
Presiden ANAK

10.00mlm. – 10.20mlm. - Ucapan Dato’ Zaid Ibrahim

10.20mlm. – 11.00mlm. - Ceramah Oleh YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa

11.00mlm. – 11.10mlm. - Deklamasi Sajak & Pelancaran Derma Jihad
Oleh : Amni Jagat

11.10mlm – 12.00mlm. - Ucapan & Amanat dari Tuan Guru Hj Nik Abd
Aziz Nik Mat

Wednesday, April 21, 2010

Umno & Arak Bagaikan Monyet Dengan Pisang

Oleh kerana yang bertanding menentang BN di Hulu Selangor itu ialah Zaid Ibrahim yang lama di dalam kelambu Umno dan tahu di mana kurap dan kudisnya parti rasuah itu,maka segala muncung senjata jentera BN dihalakan ke arahnya.Semuanya nak dilondehkan.Segala kurap lamanya nak ditunjukkan kepada rakyat,walhal yang tinggal hanya lah parut parut yang sudah sembut.Kurap dan kudisnya ditinggalkan di dalam Umno tidak dibawa keluar ke tempat yang bersih yang dipilihnya sekarang.

Zaid sekarang bukan Zaid Umno BN,tapi Zaid Pakatan Rakyat yang berkawan dengan Tok Guru dan orang orang bersih.Loyanya tekak melihat gelagat pemimpin BN bercakap soal arak yang dikait dengan si Zaid.Terlupa mereka,Umno dan Arak bagaikan monyet dengan pisang .Mana pernah monyet berpantang tak mahu makan pisang!Kalau lah monyet dah tak mahu makan pisang,mungkinlah matahari akan terbit sebelah barat!Dah dekat nak kiamat!

Saksikanlah gambar gambar yang membayangkan akrabnya Umno dengan Arak.


Masya Allah,baru kami tau

Walaupun muka terlindung,ku kenal misai mu
1 Malaysia 'Tonggang'



Monday, April 19, 2010

Dr Halili :Raja Lawak Musim PRK

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab: "Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.
pehh kenyataan sebelum ni kau kata kau hilang keyakinan pd PKR tetapi apsal kau ready jugak kot2 nama kau dicalonkan?...ini maksudnya klu nama kau dicalonkan kau akn still dgn pkr....padahal kau ckp kau dah lama nak keluar pkr dan masuk umno tp bila nak umum calon kau get ready mana lah tau kau dicalonkan so kau akn still dlm pkr.klu mcm ni sikap kau mmg patut pkr tak calonkan kau, bila2 masa kau boleh melompat.
Lagi lawaknya di sini

PRK Hulu Selangor:Hujah VS Fitnah

Gambar asal
Gambar yang diubah suai blogger Umno untuk menangkan calon MIC/BN Kamalanathan.

Zaid Diserang..


Saturday, April 17, 2010

PRK Hulu Selangor:Media BN Ulang Skrip Lama

Seperti lazimnya pada setiap Pilihanraya Kecil,media massa dan eletronik yang dikuasai BN akan memulakan berita sensasi kononnya di sana sini penyokong lawan BN istihar keluar parti beramai ramai dan ada yang menyertai BN kerana sudah insaf bahawa parti lawan BN gagal memperjuangkan nasib rakyat.
Justify Full
Itulah skrip sama yang diulang-ulang.Tajuk sensasi kedua dalam skrip yang sama ialah pada hari penamaan calon(hari ini) beritanya ialah 'penyokong pembangkang bertindak ganas' .Di Bagan Pinang ,Ketua Putera Umno yang bertubuh besar dikatakan dipukul penyokong PAS hingga terpaksa dirawat di hospital.

Sebuah stesyen TV hari ini menyiarkan Dato Seri Samy Vellu dan Syafie Afdhal tercedera.Rupa rupanya bukan kena belasah,tapi terlanggar kawad berduri yang dipasang pihak polis!Semuanya nak disensasikan.

Soalnya sampai bila 'berita berita bodoh' seumpama ini disensasikan.Bodoh sangat ke rakyat Malaysia nak percaya tentang keluar parti di sana sini?Adakah tahap pemikiran rakyat negara ini terlalu rendah hingga tiap kali PRK,maka pihak Pakatan Rakyat lah yang bertindak ganas.Untuk apa perlu bertindak ganas sedangkan mod rakyat di Semenanjung khususnya terus setia bersama PR?Kecuali Bagan Pinang.

Kalau nak berbohong pun tukar tukar lah skrip baru pulak!

Monday, April 12, 2010

Monday, April 5, 2010

Ceroboh Ladang Sendiri:Aktivis ANAK Lembah Klau Bermalam di Lokap

Seorang lagi warga Felda Lembau Klau dihantar ke lokap polis IPD Raub Sabtu lalu kerana tuduhan menceroboh .Selepas 3 peneroka Felda tersebut bermalam di lokap sama bulan lepas,Pengurus Awang Sulung bersama FELSCO mengepung rumah seorang peneroka ketika berlangsungnya dailog dengan Mazlan Aliman yanmg membawa kepada penahanan Presiden ANAK itu.

Tidak lama kemudian,Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim cuba dihalang Pengurus yang sama ketika hendak berceramah kepada ahli PAS di markaz cawangan tersebut.

Mangsa terbaru Saudara Fauzi yang bertanggungjawab menggerakkan penubuhan ANAK ditahan pihak keselamatan ketika sedang mengambil sawit di ladang beliau tengahari Sabtu lalu.Sehingga ke tengahari tadi beliau masih ditahan dilokap tersebut.

Fauzi juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk dato Tuan Ibrahim Tuan Man ke rancangan Felda tersebut yang sangat tidak disenangi Umno dan pengurusan Felda.
Dalam perkembangan sama,rombongan Dewan Pemuda PAS Kuala Krau yang bergegas ke IPD Raub gagal menemui beliau petang Sabtu lalu.

Thursday, April 1, 2010

Hj Mahfuz Di Kawasan Kuala Krau

CERAMAH UMUM SEMPENA MESYUARAT AGONG DPPKK
OLEH:
DATO MAHFUZ OMAR
USTAZ SUHAIMI SAAD
USTAZ SHAHRIL AZMAN

2 APR 2010
JAM 9.00 MALAM
MARKAZ JENGKA 21