Wednesday, April 29, 2009

Siaran Tertunda:Isu Bendera-Satu Turun ,Seratus Naik

Menjelang berakhirnya tempoh 48 jam amaran di berikan Dato Tuan kepada Majlis Daerah Maran ,pemuda PAS Jengka telah siap sedia bertindak balas mengajar kebiadapan pihak penguatkuasa yang terang terangan mengamalkan sikap double standard dalam penguatkuasaan undang undang.

Jam 3.00 petang 16 April lalu,lebih 100 bendera dinaikkan ditiang tiang letrik sepanjang jalan besar Jengka 15 bermula dari Jambatan yang memisahkan Jengka 15 dan 14 hinggalah ke sempadan Jengka 16.

Petang itu menjadi Hari Melawat Jengka 15 apabila orang ramai dari cawangan berhampiran datang meronda ke Jengka 15 untuk melihat suasana kehijauan sepanjang jalan."Ada pilihanraya kecil ke?Ada YB mati ke?" itu lah soalan lazim yang bermain di mulut pelawat pelawat apabila singgah di kedai kopi sepanjang jalan di Jengka 15 itu.

Semua penyokong yang lalu berasa cukup puas ,walaupun bendera besar sudah tidak berkibar,tetapi kehadiran ratusan bendera yang menghijaukan Jengka 15 telah menyelamatkan maruah para ahli dan penyokong.Ya,tidak semudah itu kami hendak dipermainkan.

Kata seorang pemuda,kerana si ibu di ganggu maka ratusan anak anak keluar bertindak.Itu lah kiasannya.

Wednesday, April 15, 2009

Kata Dua Dato Tuan Kpd Majlis Daerah Maran!

Pasang semula dalam tempoh 48 jam atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang undang.Itulah kata dua Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang kepada pihak penguatkuasa Majlis daerah Maran yang telah merampas bendera besar PAS yang berkibar sejak setahun lalu di simpang Jengka 15.

Bendera yang dipasang di atas tanah milik arwah Pak Shuib yang tentunya menyakitkan mata YB Wan Salman setiap kali berulang alik ke Jengka 15 itu dibuang Majlis Daerah pagi semalam dalam operasi pembersihan lambang lambang parti politik di seluruh daerah Maran.

Namun demikian seperti biasanya yang akan menjadi mangsa ialah pihak pembangkang.Dalam tinjauan yang baru kami buat pagi ini,masih terdapat signboard besar dengan terpampang lambang dacing berhampiran simpang Tasik Jaya Bandar Jengka masih berdiri kukuh tidak diusik oleh penguatkuasa Majlis Daerah.Apakah peraturan yang dibuat hanya untuk pembangkang sahaja?

Sampai bila kah pihak Majlis Daerah mahu menjadi lembu kepada Umno yang boleh diheret ke sana ke mari.Peringatan keras dari warga pemuda PAS Dun Jengka wajar juga disampaikan kepada pihak Majlis Daerah,bahawa pemuda PAS sedang bersiap sedia untuk menghijaukan setiap simpang utama di semua rancangan Felda di Jengka seandainya tempoh 48 jam yang diberi tidak diendahkan oleh mereka.

Ya! jangan ajar anak harimau makan daging!Cepat pasang semula bendera PAS,dan robohkan signboard BN berhampiran Tasik Jaya!.

Tuesday, April 14, 2009

Bendera Besar Di Jengka 15 Dibuang MD Maran

Bendera besar bulan purnama yang berikibar megah di tepi jalan berhampiran simpang masuk ke Jengka 15 yang cukup menggerunkan Umno sejak PRU yang lalu telahpun dibuang oleh penguatkuasa Majlis Daerah Maran jam 11 pagi tadi.

Sekarang pimpinan pemuda PAS Jengka 15 di ketuai Engku Amir Zahar,Saudara Rosdi Ismail dan tuan tanah Hj Suhaimi Shuib sedang membuat laporan polis di balai polis Maran. Pihak PAS mendesak agar mereka yang telah membuang bendera tersebut supaya memasang kembali kerana bendera tersebut berada dalam tanah persendirian milik Allahyarham Hj Shuib veteran PAS Jengka.

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Baru:Menantu Pak Lah Tak Tersenarai

Walaupun Tun Mahathir mengatakan dia tak kan campur tangan dalam pembentukan kabinet baru Najib,tetapi pengumuman kabinet baru petang tadi tetap dilihat sebagai mengikut telunjuk Mahathir.

Anak lelaki Mahathir yang pernah lantang mengkritik Abdullah walaupun tewas dalam perlumbaan menjadi Ketua Pemuda Umno tetapi amat berharga sekali di sisi Najib apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.Manakala menantu Abdullah yang menang Ketua Pemuda Umno@ahli Parlimen Rembau terus tidak dipandang oleh Najib. Kedudukan beliau adalah setaraf dengan Naib Presiden.

Lebih melukakan hati Khairy,apabila Timbalannya lebih mulia pada pandangan Perdana Menteri baru apabila Razali Ibrahim dilantik menganggotai kabinet.Barangkali benarlah desas desus yang mengatakan Khairy akan terus tersingkir apabila beliau sekali lagi akan dikaitkan dengan rasuah yang membawa kemenangan nya pada pemilihan Umno yang lalu.

Wednesday, April 8, 2009

Umno Takut Nga Kor Ming Faham Islam

Pelik juga dengan beberapa kerat pemimpin Umno termasuk seorang Profesor kangkung yang menjadi haru biru lantaran YB Nga Kor Ming dari DAP Perak yang memetik ayat ayat al Quran dalam ceramahnya.

Kalau atas alasan makhraj dan tajwidnya tak betul,bukankah wakil rakyat DAP tu masih dalam belajar dan baru sangat mengenali Islam semenjak berkawan dengan Hj Nizar ,baru setahun!Manalah fasih sebutan arabnya itu.

Kalau atas alasan dia mempergunakan ayat al Quran untuk menghalalkan sesuatu yang haram ,maka tunjuk lah kat mana dia salah gunakan?

Jika atas alasan Nga Kor Ming bukan Islam,tak boleh baca Quran,mana dalilnya?Ramai orang orang Cina di Kelantan yang bergaul dengan orang melayu suka juga menyebut Lailaha ilallah ketika melatah walaupun pelat sebutannya.

Tian Chua sejak sepuluh tanun lalu telah biasa memberi salam di awal ucapannya.Bala Subramaniam di Pahang pula sudah pandai menyebut Alhamdulillah dan selawat ke atas Rasulullah di awal ucapannya.Gobala pun selalu baca 'Wama karu wama karallah' .Kenapa tak dengarpun komen pemimpin Umno dan profesor kangkung sebelum ini?

Ya,kerana yang baca tu DAP!Itu saja sebenarnya.DAP yang dimomokkan Umno selamanya sebagai chauvanis,komunis,anti Islam dan berbagai label lagi.Maka jangan biarkan DAP itu dilihat baik pada pandangan rakyat.Biar ianya terus nampak bahaya walaupun baca Quran.

Umno tak pernah peduli pulak dengan gelagat penceramah penceramahnya dan beberapa kerat pemimpin Umno yang pernah menggunakan ayat Quran dan Hadis untuk mempertahankan kezaliman dan penyelewengan.

Di zaman PAS dipimpin Dato Asri,ada pemimpin Umno berceramah membaca Surah Al Asr dengan menterjemahkannya,"Demi Dato Asri,sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang orang Umno dan orang orang yang beramal soleh".

Penceramah Umno juga selalu membaca ayat Athi u'llah wa athi ur rasul wa ulil amriminkum dengan tujuan mengajak rakyat taat kepada pemimpin umno /BN.Mereka juga membaca Wa'tasimubihablillahi jami a,wa la tafarraku,jangan berpecah belah ,duduk dalam Umno semuanya.

Ada juga yang tak betul sebutannya,Amal maaruf Mungkar nankir!!! bukannya nahi mungkar.Ada juga yang kita dengar ,mengakhiri ceramah dengan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun!!! bukannya wabillahi taufiq...

Banyaklah kalau saya nak senaraikan.Tapi itu Umno.Umno tak salah,dia maksum.DAP saja yang salah.

Sebenarnya yang lebih jelas lagi,Umno cukup takut apabila orang bukan Islam cuba memahami Islam.Seandainya mereka faham,maka pendeklah umur Umno kerana tembelangnya pasti akan pecah.

Kepada mereka yang berkenaan eloklah renung surat terbuka dari TG Nik Aziz kepada pemimpin DAP itu disini

Kenyanyukan Tun Mahathir Memilih Tempat Dan waktu Pulangnya

Tun Mahathir yang merasa dirinya belum nyanyuk itu ternyata telah nyanyuk dalam memilih waktu yang tepat untuk kembali kepada Umno.Jelaslah nawaitu mantan PM yang selalu mengkriktik kepimipinan 'Tiga Beranak' selama beberapa tahun ini tidak lain hanyalah kerana kepentingan peribadinya sahaja.
Parti Umno yang telah dimuntahi dan diludahinya serta dilumuri dengan berbagai najis kotoran sehingga parti tua itu tersungkur pada PRU 2008 yang lalu akhirnya dijilat kembali dalam keadaan kotoran yang ada belum di suci dan disamak lagi.

Parti rasuah itu masih lagi bergelumang dengan najis rasuah alias politik wang!Parti perkauman melayu itu juga masih dimurkai rakyat jelata angkara pengkhianatan terhadap bahasa sendiri hingga memaksa Tok Janggut alias Sasterawan Negara yang sudah tua turun ke jalan raya mengharungi gas pemedih mata bersama ratusan ribu rakyat jelata untuk selamatkan bahasa Melayu!

Ditengah tengah api kemurkaan rakyat jelata yang bersatu tak kira bangsa ,warna kulit dan anutan ,tiba tiba memanda Mantan PM yang bertanggungjawab membunuh bahasa anak watan sendiri dan tersohor dengan berbagai kezaliman selama 22 tahun pemerintahannya,telah memilih saat dan ketika ini untuk balik semula ke dalam tongkang yang sudah rosak dan sedang tenggelam!
Ditambah lagi parti yang sedang karam itu baru sahaja bertukar nakhoda yang dikaitkan dengan berbagai skandal dari kisah Ziana Zain di Port Dikson hinggalah Altantuya di Monggolia!Maka kembalinya Tun Mahathir ke bahtera lama yang beliau sendiri telah bocorkan hampir ke seluruh tubuh badan bahtera itu adalah melengkapkan kemusanahan ke atas parti rasuah yang tak boleh diperbaiki lagi.
Lantaran itu sekalung tahniah kepada pengundi Bukit Gantang yang menunjuk jalan pulang ke alam kemusnahan kepada parti yang terlalu angkuh bertuhankan nafsu sejak seawal merdeka lagi.